Shafieq Shazwan

Muhammad Shafieq Shazwan Zamros (lahir 5 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Afieq Shazwan (Jawi: افيايق شزوان) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV9 pada 2008. Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage musim pertama di Astro Ria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[1][2] Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017).